KUCHING, 1 Jun – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tengku Jaafar yang turut diringi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meneruskan 'ngabang' (berkunjung) sempena sambutan hari pertama Gawai Dayak 2025 hari ini ke rumah mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang.
Ketibaan TYT dan Premier di kediaman Jabu di Jalan Wan Alwi, Kuching telah disambut mesra oleh Jabu sekeluarga.
Dalam kunjungan berkenaan, Tun Wan Junaidi dan Abang Johari turut disertai oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi; isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi; Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu kenamaan lain.
Sesi 'ngabang' hari pertama Gawai TYT dan Premier kemudiannya diteruskan dengan kunjungan ke rumah Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Tun Jugah di Taman Ricketts Kuching.
Ketibaan TYT dan Premier telah disambut oleh Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta ahli keluarga yang lain.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Dato Ibrahim Baki serta dif dif kenamaan lain.